Selasa, 01 November 2016

Sekolah idaman saya


·     Sekolah merupakan intitusi formal  yang  menyediakan tempat untuk setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan. Sekolah ibarat rumah ke dua  kepada pelajar kerana di sinilah sebahagian  besar  masa  pelajar digunakan  untuk belajar. Sebagai rumah ke dua ,sewajarnya sekolah  mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada para penghuninya.

·     Untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya, mereka  memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dan komited terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga perlu menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya  mereka akan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti.

·     Sekolah idaman saya juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada  suasana sekolah yang  tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti akan menganggu proses penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

·     Selain itu, sekolah idaman saya haruslah memiliki kemudahan fizikal yang lengkap. Kemudahan fizikal yang lengkap akan membolehkan  pelajar  belajar dengan selesa  dan  para guru dapat mengaplikasikan pengunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dilengkapi dengan perpustakaan, makmal komputer dan pusat akses.

·     Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh  itu, persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada  setiap warga di sekolah.

·      Sekolah ibarat sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenteram unuk didiami. Begitu juga halnya dengan  sekolah tempat setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan